Social
274

Lelaki rogol kanak-kanak 11 tahun direman

Johor Bahru – Seorang lelaki direman tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes rogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang juga penghuni rumah kebajikan, di sini.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata suspek berusia 40-an itu ditahan Ahad lalu dan direman sehingga 1 Ogos ini.

“Polis menerima laporan pada Sabtu lalu daripada penjaga rumah kebajikan yang terletak di Johor Bahru mengenai kes rogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang tinggal di situ.

“Suspek direman tujuh hari mulai semalam sehingga 1 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Padzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, lapor BH Online.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu