Social
557
0

Lelaki tanpa identiti maut terperosok bawah kereta

Butterworth – Seorang penunggang motosikal maut terperosok di bawah sebuah kereta selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 138.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dekat Seberang Jaya, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, identiti mangsa lelaki yang meninggal dunia di tempat kejadian itu bagaimanapun tidak diketahui berikutan tiada pengenalan diri ditemukan bersamanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kejadian itu membabitkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa dan kereta jenis Perodua Axia yang dipandu wanita berusia 22 tahun.

“Terdapat kesan seretan di atas jalan dan mangsa ditemukan maut di bawah kereta itu. Mayatnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diperoleh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, mayat mangsa berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai yang menggunakan peralatan khas menyelamat pada pukul 3.06 pagi tadi. – Utusan Online

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu