Social
396

Lelaki tertembak tunang hingga mati

Kiev Р Seorang lelaki disiasat atas tuduhan membunuh selepas tidak sengaja menembak tunangnya sehingga mati, baru-baru ini.

The Sun melaporkan kejadian berlaku ketika lelaki berusia 44 tahun itu yang dikenali sebagai Dmitry tertembak tunangnya, Tatyana, 37, di sebuah rumah di Dnipro, Ukraine.

Pasangan itu dilaporkan akan berkahwin dalam tempoh seminggu lagi.

Dmitry tidak sengaja menembak Tatyana ketika dia sedang menunjukkan senapang baharunya itu.

Ketika kejadian malang itu, anak-anak Tatyana berada di bilik sebelah dan bergegas mendapatkan ibu mereka selepas mendengar bunyi tembakan.

Difahamkan, pasangan itu bersama seorang lagi rakan mereka Oleksiy Kondratev sedang bersiap untuk tidur.

Ketika itu, Dmitry mengambil senapang jenis Hatsan 12 kaliber barunya dan menunjukkan kepada mereka.

“Dmitry memegang pistol dengan jari telunjuk kanannya di picu dan muncung senapang dihalakan kepada Tatyana.

“Dia mula mengalihkan muncung ke tepi dan ketika itu dia terlepas tembakan,” katanya Kondratev kepada media tempatan.

Selepas itu dua anaknya yang berusia 11 dan 13 tahun bergegas mendapatkannya dan meminta pertolongan jiran.

Jirannya, Lyudmila Mikhailovna berkata, Tatyana terbaring dengan badannya berlumuran darah.

Bagaimanapun, wanita itu disahkan meninggal dunia ketika pasukan perubatan tiba ke rumah itu.

Dmitry kemudiannya ditahan dan polis menyiasat kejadian itu sebagai kes jenayah.

Jurucakap polis, Anna Starchevska berkata, suspek mendakwa dia tidak sengaja melepaskan tembakan berkenaan.

Bagaimanapun, kes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa. – Agensi

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu