Social
312

Lelaki ugut, cederakan pekerja kedai ditahan reman

Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang bertindak mengugut dan mencederakan pekerja di sebuah kedai runcit di Senawang dekat sini, semalam ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata, perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 50 tahun itu, dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Nur Haryatie Mohd Saini di Mahkamah Majistret Seremban.

“Lelaki itu turut dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di bawah Akta 342,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 atau 323 Kanun Keseksaan.

Semalam, tular sebuah video berdurasi satu minit 16 saat di laman Facebook, yang memaparkan seorang individu yang berang kerana ditegur tidak memakai pelitup muka, lalu bertindak mencekik seorang lelaki di sebuah kedai. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu