Nation
481

LHDN lanjut tarikh kemuka borang penyata cukai hingga 31 Ogos

Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai untuk beberapa kategori pembayar cukai berikutan pelanjutan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara ketika ini, lapor Bernama.

Menurut LHDN dalam kenyataan hari ini, inisiatif itu sebagai kelonggaran kepada pembayar cukai serta memberikan lebih masa kepada mereka dalam menyediakan dokumen dan maklumat percukaian yang perlu diisytiharkan kepada LHDN.

“Antara pembayar cukai yang terlibat dan tempoh tambahan masa yang diberikan adalah kategori individu, perkongsian, pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu Hindu (yang menjalankan perniagaan) bagi tahun taksiran 2020, tambahan masa bagi pengemukaan Borang Nyata Cukai dan Bayaran Baki Cukai ialah hingga 31 Ogos ini,” menurut kemyataan itu.

Panduan yang lebih terperinci berkenaan pengemukaan Borang Nyata Cukai tersebut berserta urusan percukaian dalam tempoh PKP 3.0 boleh dirujuk di portal rasmi LHDN.

Program Memfail Borang Nyata Bagi 2021 boleh dilayari di www.hasil.gov.my > Borang > Program Memfail Borang Nyata Bagi Tahun 2021; atau pautan pantas ProgramMemfailBN_2021_Pin.3_1.pdf(hasil.gov.my).

“Soalan lazim berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP 3.0 boleh dilayari di http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_pkp3_1.pdf bagi versi Bahasa Melayu manakala https://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/faq_pkp3_2.pdf bagi versi Bahasa Inggeris,” menurut LHDN.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai perkara ini boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu