Social
335

Liwat pelajar: Ustaz mengaku tidak bersalah

Georgetown – Seorang guru agama berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajarnya yang berusia 15 tahun.

Lelaki itu yang memakai baju dan seluar hitam membuat pengakuan tersebut ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Norsalha Datuk Hamzah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Teluk Kumbar dekat sini, antara 20 November tahun lalu hingga 14 Mac lalu.

Dia berdepan satu dakwaan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan dua dakwaan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin selain turut mengenakan syarat tambahan iaitu tidak boleh menghampiri mangsa.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabila Huda Muhammad Nazim manakala tertuduh diwakili peguam, Md. Yusuf Md. Idris.

Kes disebut semula pada 26 April ini. – Utusan Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu