Nation
820

Lockdown: Hanya 17 sektor perkhidmatan dibenarkan beroperasi

Putrajaya – Hanya 17 sektor perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ yang berkuat kuasa bermula 1 hingga 14 Jun ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata 17 sektor itu merangkumi makanan dan minuman (termasuk untuk haiwan); penjagaan kesihatan dan perubatan (termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar); air, tenaga; keselamatan (pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusian) serta pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pembentungan.

Sektor lain ialah pengangkutan (darat, air atau udara); perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang (termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo, penyimpanan atau pemukalan komoditi); komunikasi (media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran bagi tujuan penyampaian maklumat).

“Juga sektor perbankan insurans, takaful dan pasaran modal; kredit komuniti (pajak gadai dan Ar-Rahnu); e-dagang dan teknologi maklumat; pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir; hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan).

“Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal; perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar serta logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu,” katanya pada sidang media mengenai pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di sini hari ini. – Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu