Nation
159

Lockdown: Pemuda PN cadang 4 bantuan kurangkan beban rakyat

Kuala Lumpur – Pemuda Perikatan Nasional (PN) hari ini mencadangkan empat bantuan yang boleh dilaksanakan kerajaan, sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh fasa pertama yang berkuatkuasa mulai Selasa ini, bagi mengurangkan beban rakyat.

Ketuanya Khairil Nizam Khirudin dalam kenyataan hari ini berkata, cadangan bantuan itu ialah skim bantuan bersasar B40 dan M40, pemberian moratorium automatik tanpa cas faedah selama dua bulan, subsidi upah pekerja dan bantuan suntikan tunai kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

Beliau berkata, kerajaan perlu peka dengan perihal keperluan asas rakyat untuk kelangsungan hidup, justeru bantuan harus diberikan kepada masyarakat khususnya bagi golongan B40 dan M40.

Katanya pemuda PN juga berharap, semua pihak dapat berkerjasama melandaikan lekuk jangkitan COVID-19, selain menasihati rayat agar merancang perbelanjaan mereka sepanjang tempoh itu.

Khairil Nizam juga mencadangkan kepada kerajaan untuk memperbanyakkan lagi siaran televisyen berbentuk pendidikan dan keagamaan, di sepanjang tempoh itu.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ fasa pertama selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun, berikutan peningkatkan mendadak kes COVID-19 di negara ini.

Malaysia terus merekodkan lonjakan kes baharu dan kematian harian dengan 9,020 kes positif dan 98 jumlah korban semalam, iaitu masing-masing angka tertinggi sejak pandemik itu melanda negara. – Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu