Social
1K

Lubang besar tiba-tiba muncul, ‘telan’ kenderaan di Israel

Baitulmuqaddis – Satu lubang besar yang tiba-tiba muncul di ruang parkir kereta Pusat Perubatan Sahaare Zedek telah ‘menelan’ beberapa buah kenderaan, lapor akhbar The Times of Israel kelmarin.

Dalam kejadian itu, lot parkir hospital tersebut tiba-tiba runtuh dan menyebabkan beberapa buah kenderaan terjatuh ke dalamnya.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Lubang besar itu dipercayai terhasil daripada kerja-kerja pembinaan di sebuah laluan baharu di jalan masuk ke Baitulmuqaddis.

Menurut laporan media tempatan, sebahagian daripada sebuah terowong yang sedang dalam pembinaan yang terletak di bawah hospital dan tempat meletak kenderaan tersebut telah runtuh.

Polis berkata mereka menerima laporan kejadian runtuhan di ruang meletak kenderaan lama di hospital tersebut.

Hospital itu baru sahaja membuka sebuah tempat letak kereta baharu untuk memuatkan ratusan kenderaan lagi. — Agensi

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu