Nation
429

Mahkamah benar Najib, anak tangguh pembayaran tunggakan cukai

Kuala Lumpur – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin menangguhkan sementara pembayaran tunggakan cukai pendapatan masing-masing yang berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Penangguhan pembayaran itu bagi membolehkan permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu kes tunggakan cukai pendapatan itu didengar dan diputuskan Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Azizah Nawawi membenarkan penangguhan pembayaran berkenaan selepas mendapati terdapat keadaan istimewa yang mewajarkan pembayaran ditangguhkan sementara.

Mereka memfailkan rayuan berkenaan dengan alasan ia mempunyai merit dan terdapat isu undang-undang yang serius dan harus diputuskan dengan muktamad oleh Mahkamah Persekutuan dalam konteks undang-undang cukai pendapatan dan Perlembagaan Persekutuan, lapor BH Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu