Nation
154

Mahkamah benarkan permohonan Hadi Awang batal saman kenyataan menghasut

Kuala Lumpur – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berjaya membatalkan saman pemula yang difailkan dua rakyat Sabah berhubung kenyataan beliau yang didakwa menghasut penganut Kristian dan disiarkan akhbar Harakah, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir dalam penghakimannya membenarkan permohonan Abdul Hadi untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian selaku plaintif pertama dan kedua dan berkata bahawa saman itu tidak mempunyai locus standi, remeh dan penyalahgunaan proses mahkamah.

“Ketika saya meneliti keseluruhan saman itu, sebenarnya jika ada pihak yang hendak dipersalahkan kerana kecenderungan menghasut adalah plaintif sendiri. Mereka (plaintif) telah membangkitkan semula perkara yang berlaku pada 2016 dan menjadikan ia sebagai isu baharu.

“Oleh demkian, saya membenarkan permohonan defendan (Abdul Hadi) untuk membatalkan saman pemula itu kerana ia remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah,” kata hakim.

Hakim juga memerintahkan setiap plaintif membayar kos tindakan RM50,000 kepada defendan. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu