Nation
725

Majikan swasta diminta pertimbang cuti tanpa rekod pada hari kedua Deepavali

Kuala Lumpur – Majikan swasta diharap dapat memperhalusi dan menimbangkan pemberian tambahan cuti tanpa rekod pada hari kedua Deepavali kepada pekerja yang beragama Hindu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata ia bagi membolehkan pekerja sektor berkenaan meluangkan lebih masa bersama keluarga kerana hari kedua perayaan itu jatuh pada Jumaat, 5 Nov.

“Selepas hari kedua perayaan Deepavali adalah hujung minggu dan ini akan memberikan lebih masa kepada pekerja untuk bersama keluarga sempena Deepavali,” katanya dalam kenyataan di sini.

Masyarakat Hindu akan meraikan Deepavali pada 4 Nov (Khamis).

Saravanan berkata berkuat kuasa 2018, kerajaan memberikan kemudahan cuti tanpa rekod sehari iaitu pada hari kedua Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam yang beragama Hindu, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu