Nation
250

Majlis Raja-Raja Melayu mula bersidang

Kuala Lumpur – Majlis Raja-Raja Melayu dijangka akan bersidang bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah di Isatana Negara.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu hari ini dilihat sebagai proses akhir sebelum Seri Paduka menentukan pemimpin politik yang benar-benar layak dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah, tiba lebih awal di pintu utama di sini, pada pukul 2.10 petang. Baginda dilihat menaiki menaiki kereta jenis Audi diiringi beberapa motosikal polis dan kenderaan lain.

Ketibaan baginda disusuli Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, tepat pukul 2.30 petang tadi.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hadir dalam mesyuarat sama.

Hal itu berikutan, pintu utama Istana Negara sudah ditutup dan kelibat Raja-Raja Melayu selebihnya belum kelihatan.

Dilaporkan, Seri Paduka dijangka mendedahkan calon berkenaan daripada pelbagai parti politik selepas proses undian semua ahli Parlimen dilakukan dengan menyerahkan surat akuan kepada Istana Negara mengenai calon ketua kerajaan yang disokong mereka.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu