Nation
70

Majlis Raja-Raja Melayu selesai bersidang

Kuala Lumpur – Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja berhubung isu pelantikan Perdana Menteri ke- 9 baharu di Istana Negara selesai.

Kenderaan rasmi yang membawa Raja-Raja Melayu dilihat keluar meninggalkan Istana Negara bermula pukul 4.21 petang ini.

Kenderaan rasmi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin terlebih dahulu dilihat meninggalkan Istana Negara diikuti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kira-kira pukul 4.25 petang kenderaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pula keluar dari Istana Negara.

Tiga minit kemudian kenderaan rasmi Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilihat meninggalkan Istana Negara.

Seterusnya Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dilihat beredar, menurut laporan Kosmo Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu