Nation
153

Maklumat palsu timbulkan kekeliruan, keresahan kalangan masyarakat : KKM

Putrajaya – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kesahihan mesej tular yang mengandungi kenyataan bahawa suntikan dos kedua vaksin Covid-19 bermasalah hingga menyebabkan komplikasi kepada penerima suntikan.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam kenyataan pemakluman berita palsu turut menafikan mesej tersebut yang turut mengandungi kritikan mengenai skim kesan sampingan serius vaksin yang dijanjikan oleh kerajaan seperti yang tular di media sosial.

Katanya, KKM menegaskan kenyataan tersebut adalah tidak benar dan menyaran orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat sedemikian yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah melahirkan kebimbangan di atas peningkatan kes penularan berita palsu khususnya berkaitan kesan pengambilan vaksin Covid-19.

Menurutnya, setiap orang akan mendapat pelindungan dalaman dengan vaksin dan pelindungan luaran dengan kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Vaksin Covid-19 terbukti dapat menyelamatkan nyawa,” katanya menerusi perkongsian di media sosialnya, hari ini.

Katanya, di kala kes penularan Covid-19 sedang berlaku, berita palsu juga meningkat menakut-nakutkan orang ramai tentang vaksin. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu