Social
168

Malang tidak berbau

Jasin – Malang tidak berbau apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas jari sehingga pergelangan tangan kirinya hancur akibat tersepit di mesin pemerah tebu dalam kejadian di Taman Serkam Jaya di sini semalam.

Difahamkan dalam kejadian pada kira-kira 7.45 malam itu, kanak-kanak tersebut cedera ketika membantu bapanya yang berniaga air tebu di bazar Ramadan di taman berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.49 malam dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, pihak bomba telah menjalankan operasi mengeluarkan tangan kiri mangsa daripada mesin pemerah itu dan mengambil masa kira-kira 15 minit.

“Tangan kiri kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan sebelum mangsa itu kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 8.12,” katanya. – Bernama

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu