Nation
209

Malaysia akan beli vaksin Pfizer untuk kanak-kanak : Khairy

Kuala Lumpur – Malaysia akan melakukan pembelian bekalan vaksin Pfizer untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia antara lima hingga 12 tahun.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya akan turut meneliti pilihan bekalan vaksin lain yang berada di pasaran seperti Sinovac untuk dimasukkan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kanak-kanak.

“Menerusi keputusan panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) yang mengesyorkan suntikan Pfizer bagi individu berusia lima hingga 12 tahun, Malaysia akan teruskan usaha perolehan Pfizer untuk kanak-kanak.

“Kita juga akan meneliti pilihan bekalan lain seperti Sinovac,” katanya menerusi kenyataan di Twitter, hari ini.

Panel FDA, Selasa lalu mengesyorkan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, selepas penelitian agensi berkenaan mendapati manfaat suntikan pelalian itu melebihi risiko.

Menerusi PICK Remaja, Malaysia merintis usaha pemberian suntikan vaksin kepada golongan terbabit yang berusia antara 12 hingga 17 tahun mulai 20 September lalu.

Dalam perkembangan lain, Khairy menyatakan keyakinan terhadap keputusan pembukaan semula sesi persekolahan secara bersemuka selepas liputan pemberian vaksin dalam kalangan remaja semakin meluas.

“Sebanyak 82.4 peratus daripada remaja di negara ini menerima suntikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos, manakala 62 peratus mendapat dos lengkap.

“Ini bermakna #PembukaanSemulaSekolah secara selamat,” katanya, lapor Harian Metro.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu