Kuala Lumpur Post

Nation

Malaysia berpuas hati dengan persidangan APEC : PM

KUALA LUMPUR — Malaysia secara keseluruhannya berpuas hati dengan persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 dan negara berjaya meraih pelaburan berjumlah RM 63.02 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menerusi catatan di Facebook hari ini berkata pada masa yang sama Malaysia dapat menyuarakan pendirian tegas dan keras terkait isu di Palestin sepanjang persidangan itu.

“Mesej kita di setiap platform APEC adalah mudah dan jelas yakni pembunuhan dan kekejaman di Gaza oleh rejim ganas Zionis Israel perlu dihentikan,” katanya.

Menurut Perdana Menteri,  APEC juga harus kekal sebagai platform bagi semua negara berkumpul untuk membangun strategi yang merangsang ekonomi sambil mengekalkan standard tertinggi kerjasama dan saling menghormati.

Anwar tiba di San Francisco pada 13 Nov lepas untuk menghadiri APEC yang berakhir pada 18 Nov.

Tags: , ,