Nation
84

Malaysia-China dijangka bincang insiden pencerobohan ruang udara

Kuala Lumpur – Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan membincangkan insiden pencerobohan tentera udara China dengan rakan sejawatnya dari China, Wang Yi di luar Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-China di China pada Isnin (7 Jun).

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata Hishammuddin akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat di Chongqing itu sempena ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China.

“Semua Menteri Luar ASEAN dan Menteri Luar Wang Yi serta Setiausaha Agung ASEAN dijangka menghadiri mesyuarat itu,” kata kenyataan itu.

Semasa Mesyuarat Khas itu, Menteri Luar ASEAN dan China juga akan bertukar-tukar pandangan dan meneroka kaedah serta kerjasama dalam menangani wabak COVID-19, selain isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

Hishammuddin dijangka mengadakan mesyuarat dua hala dengan Wang Yi di samping meneroka perkongsian lebih substantif dan dinamik dalam pelbagai bidang termasuk kerjasama vaksin COVID-19, pembangunan infrastruktur, kewangan, ekonomi digital, pengeluaran makanan dan pertanian berteknologi tinggi. — Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu