Nation
103
0

Malaysia diumum sebagai Destinasi Mice Yang Paling Diharapkan keempat pada 2020

Kuala Lumpur – Status Malaysia sebagai destinasi pilihan Asia untuk acara perniagaan diiktiraf dalam Anugerah Kerusi Emas Industri MICE China ke-13 apabila diumumkan sebagai Destinasi Mice Yang Paling Diharapkan keempat pada 2020.

Mice adalah singkatan bagi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran, iaitu segmen dalam sektor pelancongan.

Dalam kenyataan hari ini, Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) menjelaskan ia merupakan pengiktirafan bagi tahun kelima berturut-turut untuk Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Datuk Seri Abdul Khani Daud berkata anugerah tersebut merupakan bukti terhadap prestasi kukuh MyCEB serta usaha penjenamaan yang dilaksanakan dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi utama acara perniagaan.

“Pada masa sama usaha MyCEB mengetengahkan pelbagai tawaran Malaysia dari segi kesalinghubungan, kemudahan canggih, infrastruktur kelas pertama dan hospitaliti yang hebat,” katanya dalam kenyataan itu.

Anugerah Kerusi Emas diperkenalkan pada 2007 oleh Mice Magazine di China, penerbitan pelancongan, persidangan dan pameran mewah terkemuka yang menonjolkan China.

Ia bertujuan mengiktiraf pasukan dan individu yang menyumbang dengan cemerlang kepada industri Mice China dan meneraju contoh bagi pembangunan industri Mice negara itu.

Abdul Khani berkata 2020 merupakan tempoh yang amat mencabar bagi industri acara perniagaan Malaysia ekoran pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun, MyCEB bekerjasama rapat dengan Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan Dan Pameran Malaysia (Maceos) serta Majlis Acara Perniagaan Malaysia (BECM) untuk merangka prosedur operasi standard yang diluluskan kerajaan Malaysian,” katanya.

Beliau berkata MyCEB juga telah melancarkan kempen ‘Meet in Malaysia’ untuk merancakkan lagi industri acara perniagaan dan menarik lebih ramai pihak pemegang kepentingan antarabangsa. — Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu