Nation
61

Malaysia, New Zealand komited dalam kerjasama pertahanan : Ismail Sabri

Kuala Lumpur – Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen bersama dalam hubungan pertahanan di bawah Aturan Pertahanan Lima Kuasa (FPDA) dan Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (MINDEF), Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya dari New Zealand Peeni Henare menekankan kepentingan kerjasama dua hala dalam bidang pertahanan itu semasa sidang panggilan persidangan video hari ini.

“Walaupun berdepan cabaran situasi pandemik COVID-19, kedua-dua menteri berkenaan menyatakan komitmen bersama terhadap FPDA dan Mesyuarat FPDA di Malaysia sempena ulang tahun ke-50 penubuhannya tahun ini,” kata MINDEF.

Kedua-kedua menteri berkenaan turut menyatakan sokongan terhadap aktiviti angkatan tentera bersama termasuk latihan dan eksesais ketenteraan serta membincangkan keperluan meningkatkan kerjasama mengenai keselamatan siber..

Selain itu, MINDEF menyatakan kedua-dua menteri berkenaan turut berkongsi perkembangan terbaru situasi pandemik COVID-19 dan pelaksanaan program vaksinasi di negara masing-masing. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu