Nation
167

Malaysia pamer peningkatan tahun ke tahun dalam senarai FSI 2021

Kuala Lumpur – Ranking Malaysia tahun ini di Fragile States Index (FSI 2021) di kedudukan ke-123 daripada 179 negara yang menunjukkan peningkatan tahun ke tahun pada 0.7 mata, menunjukkan bahawa negara ini berada jauh daripada posisi “negara gagal” sebagaimana yang dilabel sesetengah pihak, kata penyelidik.

Penyelidik Badan Pemikir EMIR Dr Rais Hussin dan Jamari Mohtar dalam penulisan yang diterbitkan hari ini berkata elitis politik dalam negara ini perlu mengelak daripada melabel kerajaan ini sebagai kerajaan gagal semata-mata bagi tujuan politik.

Kedua-dua penyelidik berkata Malaysia memperoleh mata berjumlah 56.9, berbeza sama sekali dengan Yaman, sebuah negara lemah yang berada di tempat teratas dengan 111.7 mata.

Finland berada di tempat paling bawah dalam senarai pada tahun 2021 dengan 16.2 mata.

Indeks FSI yang diterbitkan oleh Fund For Peace, yakni sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan berpangkalan di Amerika Syarikat, diukur dengan mengambil kira empat petunjuk, dan dua sub-indicator; berdasarkan skor dari satu hingga 10 mata diberikan bagi setiap indikator, dengan mata satu sebagai yang terbaik dan 10 yang terburuk.

Petunjuknya adalah gabungan (ciri-ciri keselamatan, perpecahan dalam golongan elit dan kumpulan tidak berpuas hati); ekonomi (kemerosotan ekonomi, pembangunan yang tidak rata, dan penghijrahan cendekiawan); politik (legitimasi negara, perkhidmatan awam, serta hak asasi manusia dan peraturan undang-undang) serta petunjuk sosial (tekanan demografi, pelarian serta orang yang dipindahkan, dan campur tangan luar).

Menurut Rais dan Jamari, Malaysia mendapat mata terendah dalam tiga skor indikator yang berkaitan dengan campur tangan luar dengan 2.6 mata, pelarian dan orang yang dipindahkan (tiga mata) dan kemerosotan ekonomi (3.3 mata), manakala tiga skor tertingi adalah elitis dan hak asasi manusia, masing-masing memperoleh 6.8 mata, dan legitimasi negara (6.3 mata).

Mereka turut meletakkan Malaysia di ranking ke lapan dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu