Kuala Lumpur Post

Nation

Malaysia, University Tsinghua setuju perkukuh kerjasama : PM

KUALA LUMPUR — Universiti Tsinghua dari Beijing, China bersetuju memperkukuh kerjasama dengan Malaysia membabitkan pertukaran pelajar, ahli akademik dan pengkaji selain meluluk peluang mengadakan kajian secara bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu antara inti pati pertemuan Anwar dengan Presiden Universiti Tsinghua iaitu Wang Xiqin yang melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya.

“Universiti Tsinghua juga sedang merancang untuk mengadakan program bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China tahun hadapan.

“Harapan saya agar kerjasama ini dapat diperluaskan sementelahan Universiti Tsinghua dikenali sebagai antara yang terkenal dan mendapat pengiktirafan antarabangsa berkaitan kajian akademik dan bidang pendidikan, khususnya melibatkan kejuruteraan, sains dan teknologi,” menurut beliau dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Anwar berkata ketika ini, terdapat sejumlah 350 penuntut Malaysia melanjutkan pengajian di Universiti Tsinghua iaitu yang tertinggi dalam kalangan pelajar asing di universiti tersebut.

Tags: , ,