Social
167

Mangsa terakhir bot karam ditemukan

Beaufort – Mayat mangsa terakhir tragedi bot karam di Kampung Kalandos, Pangi, Tenom pada 22 Sept lalu ditemukan pada pukul 7.50 pagi di Kampung Batu 64, Beaufort hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata mayat Joseph Sayah, 55, ditemukan oleh orang awam.

“Pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa ke tebing sungai dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Misran berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) bot karam bersama agensi bantuan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), tamat sepenuhnya kira-kira jam 8.55 pagi.

Dalam kejadian pada petang Rabu lalu (22 Sept), bot yang dinaiki empat individu untuk menyeberangi Sungai Padas, karam selepas pulang dari membeli barang keperluan dan dua daripada mereka sempat menyelamatkan diri.

Bagaimanapun dua lagi individu dilaporkan hilang dan pada Khamis lepas (23 Sept) salah seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas oleh orang awam pada 23 Sept di Sungai Padas Batu 60 di sini pada pukul 4.45 petang, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu