Social
252

Maqis tahan anjing ‘German Shepherd’ di KLIA

Sepang – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan seekor anjing baka ‘German Shepherd’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat lepas selepas nombor mikrocip pada haiwan itu didapati berbeza dengan dokumen permit import yang diisytiharkan.

Pengarah Maqis Selangor Zamri Hashim berkata kesalahan tersebut dikesan ketika pemeriksaan rapi pada dokumen dan fizikal haiwan itu dilakukan di kawasan pemeriksaan Maqis KLIA pada kira-kira 2.30 petang dan haiwan tersebut kini ditahan dan dikuarantin untuk tindakan lanjut.

Mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytiharkan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan katanya.

“Maqis sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan dalam negara,” katanya kenyataan hari ini. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu