Politics
396

Maria Chin, Sivarasa nafi khabar angin keluar PKR

Petaling Jaya – Dakwaan ahli parlimen PKR Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa keluar dari parti itu, adalah tidak benar.

Maria Chin Abdullah berkata, ia hanya khabar angin dan beliau tidak akan membuat perkara tersebut kerana setia dengan PKR.

“Saya tak akan keluar dari parti kerana saya adalah penyokong asli PKR dan setia dengan Pakatan Harapan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut, Maria dalam dalam masa yang sama turut menafikan yang beliau menyokong kepimpinan bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Itu semua khabar angin, saya tak mahu layan kerana fokus saya sekarang adalah menjaga kebajikan rakyat di Petaling Jaya sahaja,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu tular berkaitan dakwaan usaha pihak tertentu yang cuba memancing dirinya dan Sivarasa untuk keluar parti berkenaan.

Terdahulu, Sivarasa dipetik laporan media tempatan menyatakan, jika beliau mahu membuat perkara sedemikian, ia telah dilakukan sejak dulu lagi.

“Kali terakhir saya didekati adalah pada Februari tahun lalu, ketika saya ditawarkan untuk meninggalkan PKR. Tetapi saya menolaknya dan sejak itu, tidaada orang lain yang datang kepada saya untuk membuat tawaran seperti itu lagi. Sekiranya saya ingin melompat, saya pasti telah melakukannya dulu,” katanya.

Mengesahkan perkara tersebut, , Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya ada menghubungi dua ahli parlinen tersebut bagi mendapatkan kesahihan.

Jelasnya, Maria Chin dan Sivarasa telah menafikan perkara itu sekali gus menyifatkan ia hanyalah spekulasi semata-mata.

“Itu spekulasi semata-mata. Parti telah berhubung dengan dua ahli Parlimen berkenaan dan pada waktu ini pun, kami ahlli Parlimen PKR sedang adakan taklimat mingguan, mereka juga ada dalam taklimat tersebut,” ujarnya. — Utusan Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu