Nation
195

Masih belum terlambat untuk UMNO kerjasama dengan pihak lain : Ahmad Maslan

Melaka – Masih belum terlambat untuk UMNO mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak meskipun tarikh penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kini berbaki dua minggu lagi.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata parti kini hanya menunggu keputusan Majlis Tertinggi UMNO (MT) untuk dimuktamadkan dan untuk itu, satu mesyuarat MT akan diadakan Khamis ini.

“(Soal) jentera ini dah muktamad, cuma (soal) calon belum muktamad, dengan siapa kita nak berunding (bekerjasama) belum muktamad. Dua perkara ini sahaja belum muktamad, yang lain dah muktamad,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Terendak di Sungai Udang di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal 16 Nov.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat bekas ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas), lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu