Social
343

Maut ditetak 3 lelaki

Klang – Seorang lelaki maut ditetak di hadapan sebuah restoran selepas makan tengah hari bersama dua anaknya di Lorong Batu Nilam 27A, Bandar Bukit Tinggi di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kira-kira jam 12.30 tengah hari polis menerima panggilan daripada seorang lelaki berhubung satu kes pergaduhan di lokasi terbabit.

Dalam pada itu katanya semakan mendapati, mangsa yang berumur 47 tahun adalah pemberi pinjaman wang yang mempunyai pejabat di kawasan Bukit Tinggi Klang, Shah Alam dan Kajang.

Siasatan mendapati mangsa bersama dua anak lelaki berumur 18 tahun dan 10 tahun datang ke restoran berkenaan pada jam 11.50 pagi.

“Sebaik selesai makan sekitar jam 12.20 tengah hari, mangsa bersama anaknya berjalan kaki ke kereta jenis Toyota Vellfire diletakkan kira-kira 30 meter di hadapan restoran itu.

“Semasa mangsa hendak membuka pintu kereta, datang tiga suspek lelaki dari arah belakang kereta bersenjatakan parang setiap seorang dan dua dari suspek terus menetak mangsa.

“Mangsa terus melarikan diri ke arah celah kereta di kawasan terbabit dan meninggal dunia di tempat kejadian iaitu di hadapan sebuah restoran bersebelahan restoran mangsa dan anaknya makan.

“Siasatan mendapati, kedua-dua anak mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Seorang suspek dipercayai pemandu kereta yang menunggu dalam kereta di tepi jalan raya menghala keluar ke Persiaran Batu Nilam (belakang kereta mangsa).

“Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan kesemua suspek diteruskan,” katanya.

“Mangsa mempunyai tujuh rekod lampau termasuk mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan KK), Seksyen 420 KK, Seksyen 506 dan Seksyen 326 KK,” katanya, lapor BH Online.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu