Social
258

Maut tong gas meletup

Manjung – Lelaki maut selepas tong gas meletup di sebuah bengkel di Pantai Remis di sini, tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 12.01 tengah malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis digerakkan ke lokasi.

Katanya, letupan dipercayai berlaku akibat proses memindahkan gas dari tong besar ke tong yang lebih kecil di bengkel berkenaan.

“Anggota tiba segera membuat pemantauan dan menutup semua injap tabung serta memastikan tiada bahan merbahaya di kawasan berkenaan.

“Ketika kejadian mangsa berusia 20-an dipercayai seorang diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 1.24 pagi. – Harian Metro

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu