Social
77

Mayat 2 beradik jatuh ke dalam sungai ditemukan

Kuantan – Mayat dua beradik yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai apabila motosikal ditunggang ibu mereka hilang imbangan semasa melalui jambatan gantung Kampung Rekoh, di Rompin pada Rabu lepas, ditemukan semalam dan pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin ASP Mohd Isa Bidin berkata mangsa Dhenis Maulida Puteri Masari, 7, ditemukan sekitar 7.30 malam semalam kira-kira 100 meter daripada lokasi kejadian manakala adiknya Puteri Ramadhania Azzahra, 3, ditemukan kira-kira 7.30 pagi tadi.

“Kedua-dua mangsa ditemukan oleh orang kampung berkenaan dalam keadaan terapung dengan mayat Puteri Ramadhania Azzahra dijumpai kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian pada 11.15 pagi itu, ibu mereka yang hanya dikenali sebagai Liswati, 37, dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di sebuah ladang kelapa sawit di kawasan itu selepas mengambil Dhenis Maulida Puteri di Sekolah Kebangsaan Keratong 1.

 

Motosikal yang dinaiki mereka dikatakan hilang imbangan kira-kira lima meter lagi menuju ke tebing menyebabkan ketiga-tiga mereka terjatuh, sebelum dua mangsa kanak-kanak itu terjerumus ke dalam sungai. – Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu