Social
384

Mayat 3 kanak-kanak lemas ditemui

Setiu – Pencarian tiga kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di muara sungai Kampung Mangkuk, di sini berakhir apabila mayat ketiga-tiga mereka ditemui, pagi ini.

Mayat dua beradik, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, dan Muhammad Aryan Faheem, 7, ditemui penduduk kampung yang melakukan pencarian kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Mayat sepupunya, Nurulhasha Humaira Che Mohd Humaizi, 11, ditemui di permukaan air kira-kira jam 8.15 pagi.

Sepupu mangsa, Nur Ilyasa Sofiea Mohd Hasry, 19, berkata mayat ketiga-tiga sepupunya ditemui penduduk dan anggota penyelamat tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Saya bersyukur kerana semua mereka ditemui dalam masa yang singkat. Amni ditemui kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian, manakala adiknya, Aryan dikatakan ditemui pada jarak 1.5 kilometer.

“Nurulhasha ditemui terapung kira-kira enam meter daripada lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Berikutan penemuan itu, dia mewakili ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam operasi mencari tiga sepupu sehingga ditemui pagi ini,”

Semalam, mangsa dilaporkan lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain air sambil mencari kepah fi beting pasir berhampiran muara sungai kira-kira 50 meter dari tebing, jam 5.30 petang.

Mangsa bersama ahli keluarganya dikatakan ke lokasi berkenaan untuk berkelah sambil memancing di kawasan berkenaan.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat, lapor BH Online.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu