Social
198

Mayat Ami Azzizol ditemui

Kuala Berang –  Lelaki yang hilang ketika berenang di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, di sini, Sabtu lalu, ditemukan lemas, pada 7.10 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mayat Ami Azzizol Abu Bakri, 21, ditemui terapung di permukaan air, pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi kejadian oleh seorang pengusaha rumah rakit.

Katanya, lelaki berkenaan kemudian memaklumkan perkara itu kepada pasukan polis Marin yang meronda di kawasan berhampiran.

“Mayat mangsa diangkat oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang mengambil masa selama tiga hari itu ditamatkan.

Dalam kejadian 5.50 petang Sabtu lalu, mangsa dari Kampung Sungai Buaya, Dungun yang sedang menghabiskan percutian bulan madu bersama isteri dan ahli keluarga mentua dikatakan berenang di hadapan rumah rakit disewa mereka tanpa memakai jaket keselamatan.

Ketika berenang, mangsa dikatakan mengalami kekejangan otot sebelum tenggelam. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu