Social
344
0

Mayat anggota PGA dan polis bantuan ditemukan

Miri – Mayat seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang polis bantuan Petronas yang dikhuatiri lemas di kawasan Hulu Baram semalam, dijumpai.

Anggota PGA berkenaan dikenali sebagai Sjn Simon Laja, 47, dan polis bantuan yang hanya dikenali sebagai Sjn Kemiang dijumpai kira-kira pukul 3 petang tadi berhampiran Sungau Layun.

Mereka dipercayai dibawa arus deras pada kira-kira pukul 6.40 petang semalam semasa sedang melakukan operasi bersama enam lagi anggota.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail mengesahkan kejadian itu menerusi mesej aplikasi WhatsApp.

“Mayat kedua-dua mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Long Lama. Batalion Ke-12 PGA sedang menguruskan untuk membawa balik mayat kedua-duanya ke Hospital Miri untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu