Social
155

Mayat bayi ditemui dalam keadaan menyayat hati

Klang – Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dihurung semut selepas dibuang sejak dua hari lalu di tepi jejantas Jalan Jepun Kampung Delek, Taman Muhamad Yamin di sini, petang semalam.

Penemuan mayat itu dimaklumkan pukul 6.12 petang oleh seorang wanita dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Sirih dari tempat kerjanya di Sungai Jati.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, wanita tersebut pada awalnya melihat sepasang suami isteri berada di lokasi yang memaklumkan penemuan mayat bayi namun tidak menghubungi polis.

Katanya, lokasi kejadian adalah
merupakan bahagian bawah jejantas motosikal dengan jarak kira-kira 10 meter (m) dari landasan kereta api.

Manakala dengan lokasi tersebut dengan kawasan perumahan sejauh 100 meter.

“Hasil pemeriksaan mendapati bayi lelaki itu cukup sifat dengan panjang 0.6 meter serta bertali pusat.

“Pemeriksaan mendapati tiada kecederaan pada tubuh badan bayi dan dijangkakan bayi itu telah dibuang sejak dua hari lalu,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelas beliau, mayat bayi telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat pukul 2 petang hari ini.

Shamsul Amar menegaskan siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. – Kosmo Online

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu