IPOH – Mayat seorang bayi ditemui tertanam dalam simen di ruang tempat letak kenderaan sebuah rumah di Taman Sri Rokam di sini, pada Rabu.
Mayat yang belum dikenal pasti jantina itu ditemukan seorang lelaki berusia 37 tahun sekitar jam 11 pagi ketika sedang melakukan kerja baik pulih rumah yang hendak disewa, lapor Sinar Harian.
Semasa kejadian, lelaki terbabit telah mengorek tanah bertujuan menyimen semula lantai tempat ketak kereta sebelum terjumpa cebisan kain sarung.
Apabila kain ditarik, lelaki itu terkejut melihat mayat bayi berada di sebalik kain sarung tersebut.