Social
111

Mayat bayi ditemukan dalam kotak

Shah Alam – Mayat seorang bayi lelaki di dalam sebuah kotak kadbod ditemukan orang awam di belakang hentian bas Kawasan Perindustrian Batu 22, Ijok, Kuala Selangor, dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor DSP Mohd Ambia Nordin dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima makluman berhubung penemuan mayat bayi itu setelah seorang lelaki tempatan membuat panggilan kecemasan pada 10.35 pagi.

“Mayat bayi itu telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, dekat sini. Bedah siasat juga telah dijalankan hari ini dan punca kematian masih dalam siasatan pakar perubatan,” katanya.

Terdahulu, tular di Facebook apabila seorang pemilik akaun “Him Akmal” memuat naik status berhubung penemuan bayi didalam kotak di kawasan itu setelah membuat edaran nasi lemak percuma selama 30 minit bermula 10 pagi semalam. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu