Social
153

Mayat bayi ditemukan dalam tong sampah

Butterworth – Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemukan dalam longgokan sampah di sebuah tong sampah di kawasan Flat B4 Taman Bagan, di sini hari ini.

Mayat bayi yang dibalut dengan sehelai kain itu dijumpai oleh seorang penduduk di situ bersama dua lelaki warga Myanmar yang sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengutip sampah di kawasan flat tersebut pada 9.35 pagi tadi.

Sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu, sepasukan polis terus ke lokasi penemuan mayat bayi tersebut dan mendapati mayat bayi dipercayai baru dilahirkan berada dalam longgokan sampah itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan ibu serta pihak yang membuang mayat tersebut.

Katanya, polis dengan bantuan penduduk setempat juga sedang mencari penduduk di sekeliling yang sedang berpantang lepas bersalin atau yang diketahui hamil bagi membantu siasatan kes itu, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu