Social
135

Mayat bayi lelaki baharu lahir ditemukan

Penampang – Mayat seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemukan berhampiran sebuah premis di kawasan Bundusan di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata polis menerima maklumat penemuan itu daripada orang awam pada 1.10 petang tadi dan siasatan menemukan mayat bayi itu dalam sebuah beg plastik yang diletakkan di tangga berhampiran sebuah premis di kawasan tersebut.

“Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan bayi tersebut baharu dilahirkan dan telah meninggal dalam tempoh lebih kurang enam jam sebelum dijumpai.

“Mayat bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta untuk segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang, Inspektor Azerina Ali Omar di talian 014-653 5238.

Beliau berkata siasatan dilakukan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu