Social
278

Mayat berulat ditemui atas tangga

Kota Bharu – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan berulat di dalam sebuah bangunan dalam pembinaan di Jalan Tengku Chik di sini semalam.

Mayat mangsa yang berada dalam keadaan terbaring di atas tangga bangunan itu dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut pada pukul 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, selepas menerima laporan mengenai kejadian itu, anggota polis telah bergegas ke lokasi tersebut untuk menjalankan siasatan.

“Siasatan mendapati, mangsa berusia dalam lingkungan 60-an dan dipercayai sudah seminggu meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Sehubungan dengan itu, kita meminta kerjasama waris yang kehilangan ahli keluarga supaya membuat pengecaman mayat berkenaan,” katanya ketika dihubungi

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu