Social
667

Mayat dipercayai dibunuh ditemui di tepi jalan

Gombak – Mayat lelaki tanpa identiti dipercayai dibunuh ditemui di tepi Jalan Sungai Tua-Ulu Yam, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada jam 8.30 pagi.

“Susulan itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bergegas ke lokasi kejadian.

“Mayat berkenaan ditemui di tepi jalan, setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Zainal berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati mayat berkenaan dipercayai dibunuh.

“Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan, buat masa ini pasukan forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi.

“Kita masih belum mengetahui sama ada dibunuh di kawasan lain atau sebaliknya, siasatan masih berjalan,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menyalurkan ke mana-mana balai polis berdekatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya, lapor Harian Metro.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu