Social
693

Mayat ditemui atas bumbung rumah

Sungai Petani Р Pasukan bomba membantu menurunkan mayat lelaki yang ditemui di atas bumbung rumah di Lorong Bunga Raya, Taman Bunga Raya, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas itu pada 9.48 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Shahrim Ismail tiba di lokasi pada 10.11 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati mayat lelaki berusia 60 tahun itu berada di atas bumbung.

“Komander operasi kemudian mengarah anggota untuk mengangkat mangsa turun ke bawah menaiki tangga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata, pihaknya kemudian menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi tamat pada 11.10 pagi. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu