Social
439

Mayat ditemui dalam keadaan mengerikan

Johor Baharu – Mayat seorang lelaki berusia 20-an ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan kelar di leher dan tikaman di badan di sebuah kediaman di Kampung Desa Makmur, Majidee di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) , Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata mangsa ditemui di sebuah rumah setinggan tidak bernombor di hadapan tempat tinggalnya.

Beliau berkata, polis juga menjumpai pisau pemotong kertas dan serpihan mata pisau di tempat kejadian.

Berikutan itu, katanya, isteri lelaki berkenaan yang berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

“Polis menerima laporan kes berkenaan pada 8.25 pagi hari ini. Isteri lelaki berkenaan ditahan bagi mengetahui punca serta motif kejadian.

Mohd Fadzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sehingga laporan bedah siasat diperolehi.

“Orang ramai yang ada maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi talian 07-2182323,” katanya dalam satu kenyataan. – BH Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu