Kuala Lumpur Post

Social

Mayat ditemukan di Sungai Klang sah Nidza Afham

SHAH ALAM — Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki dewasa yang ditemukan di Sungai Klang, petang tadi adalah Muhammad Nidza Afham Mokhtar.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.

“Ya. Mayat ditemui kira-kira jam 7 petang. Dipercayai adalah adik penyanyi yang dilaporkan hilang semalam (Nidza Afham),” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan mangsa dilaporkan hilang 7.45 petang semalam.

Penyanyi berusia 23 tahun itu dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam.

Bagaimanapun dompet dan telefon bimbit Nidza Afham itu ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.

Nidza Afham yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.