Social
182

Mayat kanak-kanak lelaki lemas ditemui

Alor Setar – Mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang hilang dan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Perupok, Yan ketika bermain dengan kakaknya petang semalam, ditemukan pada 10.05 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata mayat Mohd Hafiz Izzan Awari yang lengkap berpakaian dijumpai pasukan penyelamat, kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

“Operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan seramai 48 pasukan penyelamat termasuk pihak polis IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Yan, bomba, Rela dan polis marin ditamatkan pada 10.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahnaz berkata kawasan pencarian mangsa di kawasan perairan Kuala Sungai Udang dan Sungai Kampung Perupok, Yan itu turut melibatkan bantuan kira-kira 30 penduduk kampung.

Dalam kejadian pada 6.45 petang semalam, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai berkenaan ketika ditinggalkan berseorangan oleh kakaknya untuk pulang ke rumah nenek mereka di kawasan berdekatan, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu