Social
66

Mayat kedua kereta Myvi dihanyutkan arus ditemukan

Kota Kinabalu – Mayat seorang lelaki iaitu mangsa kedua kejadian sebuah kereta Perodua Myvi dihanyutkan arus deras Jumaat lepas ditemukan orang awam di tebing sungai Kampung Dambai, Inanam, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata mayat Simon Sange Tupe, 68, ditemukan kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian di Jalan Kionsom Lama, Inanam pada pukul 1.30 tengah hari.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya kepada pemberita di sini.

Pada Jumaat lepas tular video kereta tersebut cuba menyeberangi jambatan yang dilimpahi air sebelum dihanyutkan arus deras ke dalam sungai berhampiran dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang.

Sehari selepas itu (Sabtu lepas) mayat seorang lelaki Juning Maturun, 37, ditemukan di dalam kereta tersebut selepas kenderaan itu berjaya ditarik keluar dari dalam sungai dalam operasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu