Kuala Lumpur Post

Social

Mayat lelaki ditemukan dengan kesan terbakar di halaman rumah

KANGAR — Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau petang tadi.

Ketua Polis Arau Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat lelaki yang identitinya sedang dikenal pasti itu daripada orang awam pada 6.33 petang.

Menurutnya, lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia kira-kira tiga hari itu ditemukan oleh orang awam yang melalui kawasan itu.

Mayat dijumpai dalam keadaan terlentang dan terbakar serta mula menggelembung, katanya, lapor Bernama.

Ahmad Mohsin berkata, tiada sebarang kesan pergelutan pada tubuh mayat itu dan tiada unsur jenayah dikesan.

Katanya, lelaki itu dipercayai seorang pemotong rumput upahan dan disyaki maut akibat disambar api daripada sebuah mesin rumput.

Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat yang akan dijalankan esok.