Kuala Lumpur Post

Social

Mayat rentung ditemui dalam kereta terbakar, terbabas

IPOH — Satu mayat ditemukan rentung dalam sebuah kereta terbakar selepas terbabas dalam parit, di Jalan Teluk Intan, Kuala Bikam di Teluk Intan, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.35 malam berhubung insiden itu dan identiti mangsa belum dikenal pasti.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas ke dalam sebuah parit menyebabkan terbakar 98% serta terdapat seorang mangsa yang rentung akibat kebakaran tersebut.

Ketua operasi mengaplikasikan konsep ‘Receo’ (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman, dan pemeriksaan) seterusnya mengarahkan anggota membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula, sumber air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya, katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata, operasi tamat pada 12.16 tengah malam dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.