Social
273

Mayat reput ditemui dalam danau

Batu Pahat – Mayat lelaki yang sudah mula mereput dan busuk ditemui dalam danau di Tasik Tanjung Labuh, dekat sini, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan II K Kumar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.52 petang.

“Mayat mangsa berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai hampir seminggu berada dalam danau sedalam enam kaki (1.8 meter),” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, 10 orang anggota dari BBP Batu Pahat, satu jentera FRT dan satu EMR dihantar ke tempat kejadian.

Anggotanya menggunakan ‘grappling iron‘ untuk membawa mayat mangsa ke daratan sebelum diserahkan kepada polis dan operasi ditamatkan pada 6.56 petang. — Harian Metro

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu