Kuala Lumpur Post

Social

Mayat reput ditemui dalam semak

SIBU — Mayat lelaki tanpa identiti dan sudah pun mereput ditemui dalam sebuah semak di tepi Jalan Kristal, Sibujaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata laporan penemuan itu dibuat seorang lelaki berusia 39 tahun di Balai Polis Sibujaya, jam 10.08 pagi.

“Siasatan awal polis mendapati, objek tersebut adalah satu mayat lelaki tidak berbaju dan memakai seluar jeans wama biru dalam keadaan terbaring,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata mayat terbabit dipercayai meninggal dunia lebih dari satu bulan.

katanya, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang pengenalan identiti dijumpai.

“Mayat dibawa ke Rumah Mayat Hospital Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Zulkipli meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kehilangan ahli keluarga atau mengenali mangsa berhubung segera dengan pihaknya di balai berhampiran.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Rodua Tayo ditalian 013-8420588 atau Bilik Gerakan IPD Sibu di talian 084-364373 bagi membantu siasatan.

“Setakat ini kes diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut (SDR,” katanya, lapor BH Online.

Tags: , ,