Social
342

Mayat tahanan ditemui tergantung di pokok

Jawa Timur – Seorang lelaki yang ditahan atas kesalahan mencuri motosikal meloloskan diri dari lokap dan ditemui tergantung di dalam hutan di Probolinggo.

Tribunnews melaporkan, mangsa dikenali sebagai Ahmad Fauzi, 27, ditemui tergantung di sebuah pokok dua hari selepas dia melarikan diri dari Balai Polis Anyar.

Isteri mangsa berkata, dia mencurigai punca kematian tersebut dan yakin suaminya bukan membunuh dirinya sendiri.

Malah, dia mahu proses bedah siasat diadakan semula bagi mengenal pasti punca kematian.

Dia malah meminta pihak polis menunjukkan keputusan bedah siasat suaminya kerana mengesyaki sesuatu yang pelik berlaku.

“Ada empat kejanggalan yang saya rasakan seperti keadaan suami ketika ditemui tergantung di pokok, tindakan polis melarang ahli keluarga melihat jenazah, baju yang dipakainya ketika ditemui dan kronologi suami melarikan diri.

“Meskipun polis menyatakan suami saya mati kerana bunuh diri, namun, kematiannya sangat berbeza dengan ciri-ciri kematian akibat gantung diri,” katanya.

Menurutnya, selepas menonton rakaman video ketika suaminya ditemui itu, keadaan kakinya tidak tergantung malah hampir menyentuh tanah.

“Saya sendiri berasa janggal melihat video penemuan mayat suami kerana tiada ciri-ciri seperti menggantungkan diri seperti mata terbeliak atau lidah menjelir keluar dari mulut.

“Hati saya kuat mengatakan dia mati dipukul kerana muka suami penuh dengan lebam,” jelasnya. — Tribunnews

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu